Mahu berasa lebih
cergas?Untuk memantapkan tenaga dan fokus mental anda, anda perlu
mengambil makanan yang betul, pada waktu yang tepat.
Apabila anda berasa tenaga mental anda semakin menyusut dan pertuturan anda berasa kurang lancar, cuba fikirkan semula. Bilakah kali terakhir anda makan?
hidangan yang tak seimbang, dan penyahhidratan, kesemuanya boleh
menyusutkan tenaga dan fokus
mental anda. (Dan jangan lupa bahawa
mendapatkan tidur yang mencukupi adalah sebahagian daripada
keseimbangan
yang perlu diambil kira juga).
Apakah sebenarnya tenaga mental? Ia
sebenarnya mempunyai beberapa ciri - termasuk mood keseluruhan
anda,
motivasi anda, di samping juga perhatian dan fokus anda. Apabila tenaga
mental anda menjadi ligat,
diet anda berkemungkinan besar menyumbang
kepada keadaan ini. Berikut adalah bahan-bahan renungan
untuk
'mencergaskan pemikiran' anda. Apakah yang perlu dimakan untuk memantapkan
tenaga mental anda
sepanjang hari? Karbohidrat mentenagakan otak
anda Glukosa, yang diperoleh daripada karbohidrat dalam
diet anda,
merupakan satu-satunya 'bahan bakar' yang secara lumrahnya menjadi makanan
kepada sel otak anda. Selepas ia dicernakan semasa proses perncernaan,
karbohidrat menyerap ke dalam aliran darah sebagai glukosa ('gula darah'
anda).
lain di dalam badan anda. Dan,
kerana sel otak tidak boleh menyimpan glukosa, otak anda
memerlukan
bekalan yang berterusan. Makanan berserat tinggi seperti
buah-buahan, sayur-sayuran dan bijian sempurna, mengambil masa yang lebih
lama untuk dicernakan, menyebabkan glukosa dilepaskan
secara beransur-ansur ke dalam sistem anda, dan juga ke
otak anda.
Sebaliknya, hidangan karbohidrat halus - seperti makanan berkanji, bergula - sebenarnya boleh memakan diri anda. Disebabkan makanan seperti ini dicernakan dengan pantas, anda akan mengalami kenaikan gula darah, yang selalunya diikuti dengan kejatuhan yang mendadak. Ini selalunya dikenali sebagai kejatuhan mendadak tahap glukosa, dan menyebabkan anda secara mental, berasa lembap.
Otak anda memerlukan bahan bakar pada
jangka masa yang tetap. Memandangkan otak anda memerlukan sumber
tetap glukosa, maka ia menjadi penting bagi anda untuk makan pada jangka
masa yang tetap sepanjang hari untuk mengelakkan tenaga mental anda
menjunam. Sasarkan untuk mengambil hidangan kecil dan snek yang sihat
setiap 3-4 jam.
Otak anda memerlukan sarapan.
Banyak yang telah diperkatakan mengenai kepentingan sarapan, dan memberi otak anda rangsangan merupakan lagi satu sebab kenapa perkara pertama yang perlu dilakukan pada waktu pagi ialah mentenagakan diri anda. Walaupun dalam keadaan tidur, otak anda terus bekerja sepanjang malam, membakar bahan bakar, menyebabkan tangki 'glukosa' hampir kosong menjelang pagi. Bantulah otak anda dan mulakan hari anda berbekalkan sarapan seimbang dengan karbohidrat dan protein yang sihat. Protein yang terbaik untuk otak anda Walaupun otak anda tidak menggunakan protein secara langsung sebagai bahan bakar, ia menggunakan asid amino yang diperoleh daripada protein yang anda makan untuk menghasilkan kimia otak yang penting. Dopamin, kimia otak yang menggalakkan kecergasan dan aktiviti otak diperoleh daripada tyrosina, asid amino yang ditemui dalam ayam, ikan, produk tenusu, kacang dan bijian. Sementara serotonin, yang menggalakkan perasaan tenang dan kepuasan, diperoleh daripada triptofan yang ditemui dalam makanan laut, produk-produk tenusu dan kacang soya.
Minuman terbaik untuk
otak
Apabila badan anda ternyahhidrat, ia boleh memberi kesan kepada mood
dan tahap tenaga anda. Penyahhidratan ringan mengurangkan kecergasan dan
kebolehan anda untuk menumpukan perhatian, dan apabila anda akhirnya berasa
haus, tenaga mental anda sebenarnya telah pun menyusut. Air ialah
pilihan yang bagus, tetapi kopi dan teh yang diambil secara bersederhana
juga baik untuk anda. Minuman yang mengandungi kafeina boleh membantu dalam
memfokus dan menumpukan perhatian - tetapi dinasihatkan diambil dalam
jumlah yang sedikit. Anda perlu menghidrasikan diri dengan teratur, makan
secara seimbang, dan memantau respons anda sendiri kepada kafeina yang
anda ambil. Jika ia membuatkan anda berasa gementar dan menyebabkan anda
berjaga pada waktu malam, anda perlu mengurangkan pengambilannya.
Menggunakan kafeina untuk merangsang otak anda pada siang hari tidak
berguna jika ia mengganggu tidur yang nyenyak pada waktu
malam.
Ditulis oleh Susan Bowerman
MS, RD, CSSD. Susan ialah
konsultan
berbayar untuk Herbalife.
Sumber : Herbalife Hub November
2014
Hubungi Kami Coach Pengurusan Berat Badan /
Ahli Bebas Herbalife :
Azmi 012-656 4747
Wawa 019-303 7090
nak kurus, cara nak kurus, macam mana nak kurus, herbalife kurus, kenapa herbalife, cara makan herbalife, cara kuruskan badan, cara makan herbalife dengan betul, coach herbalife taman melati, coach herbalife taman melawati, coach herbalife gombak, jom diet, cara diet