Selamat Menyambut Ramadan & Kepentingan Nutrisi Semasa Puasa
Alhamdulillah, kita diberi peluang sekali lagi untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan — Ramadan.
Bagi ramai wanita, Ramadan bukan sekadar bulan ibadah… tetapi juga bulan yang mencabar dari segi tenaga, emosi dan rutin harian.
Kenapa Nutrisi Sangat Penting Semasa Puasa?
Ramai orang fikir bila puasa, badan akan automatik kurus. Hakikatnya, tanpa nutrisi yang betul, badan boleh jadi:
- Cepat letih dan lesu
- Sakit kepala menjelang petang
- Overeat masa berbuka
- Berat badan naik walaupun berpuasa
Terutamanya wanita 40-an, perubahan hormon dan metabolisme yang perlahan menjadikan pemilihan makanan lebih penting berbanding usia muda.
3 Nutrisi Utama Yang Perlu Diberi Perhatian
Protein membantu rasa kenyang lebih lama dan mengurangkan keinginan makan berlebihan ketika berbuka.
Minum air secara konsisten antara waktu berbuka dan sahur penting untuk elakkan keletihan dan sembelit.
Pilih nasi perang, oat, ubi keledek, kekacang, avocado dan sumber lemak sihat untuk tenaga yang stabil.
Sahur & Berbuka: Bukan Tentang Banyak, Tapi Seimbang
Ramadan bukan masa untuk "balas dendam makan".
Sahur yang seimbang dan berbuka yang sederhana membantu badan kekal stabil sepanjang hari.
- Sahur: protein + sedikit karbo kompleks + air mencukupi
- Berbuka: kurma + air + portion terkawal
- Elakkan terlalu banyak makanan manis dan bergoreng
Ramadan Sebagai Peluang Reset Badan
Jika disusun dengan betul, Ramadan sebenarnya peluang terbaik untuk:
- Reset pola makan
- Kurangkan gula berlebihan
- Stabilkan berat badan
- Bangunkan disiplin diri
Puasa Dengan Lebih Teratur Tahun Ini
Jika anda ingin puasa dengan nutrisi yang lebih tersusun dan tidak lagi rasa terlalu letih atau mudah lapar, Coach menyediakan pelan pemakanan & sokongan khas sempena Ramadan.
Program bermula 17hb dan sesuai untuk wanita yang mahu lebih konsisten dan teratur.
WhatsApp Coach SekarangSemoga Ramadan kali ini lebih bermakna, lebih sihat dan lebih tenang buat kita semua 🤍
