Naik
Berat Selepas Kahwin? Selalunya
sebelum kahwin sanggup mencari cara macam-macam untuk turunkan berat sebab nak
pakai baju nikah dan sanding kan? Then selepas kahwin, 2 ke 3 bulan lepas tu
berat badan naik..bukan naik sebab mengandung..tapi beratnya memang naik..
Ini
terjadi kepada saya sendiri, berat naik mendadak..dalam masa 12 bulan selepas
kahwin naik sampai 10kg..emm..masa naik ni tak pernah terfikir nak turunkan
berat sebab suami cakap.ok je..tak gemuk pun..sayang je..so..apa nak dikata
kan..ok jelah dengan berat badan macam tu..sebab fikir ooo..sebab hormon
berubah kot selepas kahwin, sebab tu berat badan naik
Tapi
bila baca je artikel ni, baru faham, kenapa gemuk selepas kahwin terjadi.
Apakah ia merupakan keadaan semula jadi yang berlaku selepas
seseorang itu berumah tangga?
Perkahwinan bukan penyebab kenaikan berat badan. Bagi seorang
dewasa, kenaikan berat badan selepas berkahwin bukanlah fenomena semula jadi.
Kenaikan berat badan adalah akibat kurang aktiviti fizikal dan berlebihan
makan.
Haa,
nampak kan..bukan fenomena semulajadi naik berat badan ni, tapi sebab lebih
makan dan tak de senaman..haa..kena sedar lah diri memang salah diri sendiri
ni.
3
perkara penyebab utama kegemukan adalah makan berlebihan, tahap fizikal yang
rendah dan banyak makan makanan yang bergoreng dan berlemak
Kajian di Malaysia mendapati ramai orang dewasa yang tidak
aktif dan cergas. Banyak masa diluangkan untuk menonton televisyen dan kerja
harian yang dilakukan tidak banyak menggunakan tenaga seperti
kerja pejabat, komputer serta kegunaan kereta untuk perjalanan. Oleh yang
demikian, keperluan tenaga seseorang itu adalah rendah tetapi pada masa
yang sama memakan makanan yang lebih daripada yang diperlukan.
Apabila pengambilan tenaga adalah lebih tinggi daripada yang
diperlukan, tubuh akan menyimpan tenaga yang berlebihan itu sebagai lemak dan
berat badan akan meningkat.
Aktiviti seks dikatakan sebagai penyebab kegemukan dan
gendut? Sebenarnya tiada kajian saintifik yang mengaitkan aktiviti seks dengan
kegemukan. Malah ada kajian yang menunjukkan aktiviti seks adalah satu aktiviti
fizikal yang boleh membakar tenaga.
Ada juga yang berkata lepas je bersalin akan jadi
gemuk..Sebenarnya ada beberapa sebab mengapa wanita selepas melahirkan anak
menjadi gemuk. Wanita semasa hamil akan meningkat berat badan secara semula
jadi. Ini adalah kerana semasa hamil terjadinya perubahan hormon yang
menyebabkan badan mengumpul lemak dan air.Lemak yang dikumpulkan ini akan
digunakan untuk membuat susu ibu selepas melahirkan anak. Salah satu sebab
mengapa wanita menjadi gemuk selepas melahirkan anak ialah kerana tidak
menyusukan anak dengan susu ibu. Jika wanita tidak menyusu, lemak yang disimpan
semasa hamil tidak akan digunakan untuk membuat susu dan akan terus terkumpul
di dalam badan. Sebab kedua ialah mungkin wanita selepas melahirkan anak tidak
mengamalkan pemakanan yang seimbang dan tidak meningkatkan aktiviti fizikalnya.
Bagaimanakah mengekalkan bentuk badan ideal?
Bagi mengekalkan berat badan, seorang itu hendaklah memakan
pelbagai jenis makanan. Jangan makan terlalu banyak makanan berkalori tinggi.
Kuantiti makanan seperti nasi hendaklah mengikut keperluan. Kurangkan makan
makanan bergoreng dan berminyak dan gantikan minuman manis dengan yang kurang
manis seperti air kosong dan jus juga harus jaga waktu makan iaitu makan
mengikut waktu tetapi jangan makan terlalu banyak pada setiap waktu makan. Di
antara waktu makan utama, makan buah sebagai snek. Elakkan daripada
meninggalkan waktu makan untuk berdiet kerana jika tinggalkan satu waktu makan,
anda akan merasa terlalu lapar pada waktu makan yang seterusnya dan anda
berpotensi untuk makan berlebihan.
Selain daripada menjaga pemakanan, aktiviti fizikal juga
perlu ditingkatkan. Jadikan hidup anda lebih aktif pada setiap hari dengan
melakukan aktiviti fizikal yang berintensiti sederhana sekurang-kurangnya 30
minit sehari seperti menaiki tangga, berkebun, mengemas rumah dan yang seumpama
dengannya. Aktiviti ini boleh dilakukan secara berterusan atau terkumpul iaitu
10 minit setiap sesi sehingga mencapai jumlah 30 minit. Disamping itu lakukan
senaman jenis berintensiti sederhana atau tinggi sekurang-kurangnya 3 kali
seminggu. Sekiranya anda melakukan senaman berintensiti sederhana seperti
berjalan cepat, berbasikal atau bermain badminton ianya perlu dilakukan
sekurang-kurangnya 45 hingga 60 minit pada setiap hari. Badan perlu direhatkan
beberapa hari dalam seminggu sekiranya anda melakukan senaman berintensiti
tinggi seperti berlari dan bersenamrobik.
Sumber : http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/dewasa/masalah-berat-badan
Kami Merupakan Ahli Bebas Herbalife / Coach Herbalife / Jurulatih Pengurusan Berat Badan /
Pengalaman kami sebagai Coach Pengurusan Berat Badan selama 8 Tahun dapat membantu anda memberi :
~ Analisa Berat Badan
~ Khidmat Nasihat Cara Untuk Turun Berat, Cara Untuk Naik Berat Dan Cara Untuk Kekalkan Berat
~ Pelan Pemakanan
~ Jadual Pemakanan Lengkap Seharian
~ Tips Untuk Turun Berat Badan, Naik Berat Badan Dan Kekalkan Berat Badan
~ Diet Seimbang
Peranan Coach Amat Penting untuk membantu anda..anda tidak keseorangan dalam program penurunan berat badan, program naik berat badan dan program kekalkan berat badan kerana kami pasti akan membantu anda..
Jangan bertangguh untuk kami membantu anda..
" Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza. "
Coach Azmi 012-656 4747
Coach Wawa 019-303 7090
Wellness Coach, Health Coach, Weight Coach, Lose Weight Coach, Diet Coach, nak kurus, cara nak kurus, macam mana nak kurus, herbalife kurus, kenapa herbalife, cara makan herbalife, cara kuruskan badan, cara makan herbalife dengan betul, coach herbalife taman melati, coach herbalife taman melawati, coach herbalife gombak, jom diet, cara diet, pecah lemak, kulit cantik, set kurus herbalife, fit malaysia, jom kurus, saya nak cantik, agen herbalife, stokis herbalife, blogger herbalife, work from home, part time herbalife, lose weight, Work From Home, Kerja Dari Rumah, Kerja Part Time, Part Time Job, Practical, Praktikal, Latihan Industri, Trainee, Training, Coaching