Instagram Turun Berat Dengan Herbalife

09 Oktober, 2014

Herbalife Skin : BUANG SEL LAMA, DAN SERLAHKAN YANG BAHARU!

Pengelupasan bukanlah topik kesihatan kulit yang glamor. Proses ini membabitkan peluruhan lapisan paling luar sel kulit mati sambil sel baharu dicipta di bawah lapisan ini.

Percaya atau tidak, badan manusia meluruhkan berjuta-juta partikel sel kulit setiap hari. Nasib baik kita tidak menyalin semua kulit kita sekali gus seperti ular! (Saya tahu anda juga sama ngeri dengan saya sekiranya ada “orang kulit” sebesar kita menyalin kulit di hadapan kita.) Namun partikel-partikel sel halus tetap meluruh sepanjang hari tanpa kita menyedarinya.

Apakah bukti yang ini berlaku? Rupa dan rasa kulit kita. Kulit yang kusam, kasar dan bersisik merupakan sel lama yang belum luruh sepenuhnya. Kulit yang lebih cerah dan licin terserlah apabila pengelupasan terjadi.

Semasa kita masih remaja, kita menumbuhkan semula lapisan luar kulit setiap 14 hingga 20 hari, secara puratanya. Apabila kita mencapai usia 40, proses yang sama mengambil masa 45 hari atau lebih lama. Hasilnya adalah kulit yang kering, dinyahhidrat, berbelak-belak dan kasar apabila disentuh. Untuk menunjukkan penampilan terbaik, kita memerlukan sedikit pertolongan. Itulah sebabnya lulur pengelupasan menjadi sangat penting kepada regimen penjagaan kulit kita.

Rahsia mengekalkan kulit yang sihat dan nampak muda adalah dengan mendorong proses pembaharuan sel. Lulur pengelupasan boleh mendorong proses ini. Ia mengandungi partikel-partikel kecil yang membantu menanggalkan lapisan luar sel kulit mati melalui geseran. “Melulur” menanggalkan sel kulit yang terkumpul dengan menyerlahkan sel kulit baharu dan sihat.

Di samping membantu anda kelihatan hebat, pengelupasan boleh:
Menanggalkan kotoran dan debris yang boleh menyumbatkan liang pori. Memperbaiki tekstur kulit anda. Menjadikan kulit anda berasa licin dan lembut. Membolehkan mekap disapu dengan lebih rata. Membolehkan produk penjagaan kulit lain menyerap ke dalam kulit dengan lebih berkesan.

Saya mengesyorkan anda – baik lelaki dan perempuan – menggunakan Herbalife SKIN Instant Reveal Berry Scrub satu hingga tiga kali seminggu, untuk mendapatkan pembaikan yang ketara dalam rupa dan rasa kulit kita.

PENGARANG : Jacquie Carter

"Keputusan adalah tidak tipikal. Hasil individu mungkin berbeza-beza"
"Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mencegah atau mengubat mana-mana penyakit"

Hubungi Ahli Bebas Herbalife untuk demo Herbalife Skin -
Wawa 019-3037090
Azmi 012-6564747

Sumber :