10 Hari Ramadan Berlalu… Kenapa Berat Masih Tak Turun? Ini Yang Perlu Dibetulkan
Tak sedar, sudah 10 hari Ramadan. Ada yang mula rasa ringan dan lebih bertenaga. Tetapi ada juga yang tertanya-tanya:
- Kenapa berat tak turun?
- Kenapa perut masih sama?
- Kenapa badan rasa “stuck”?
1️⃣ Anda Puasa, Tapi Kalori Masih Tinggi
Walaupun tidak makan siang, jika berbuka terlalu banyak atau minum manis setiap hari, jumlah kalori tetap boleh melebihi keperluan badan.
2️⃣ Protein Tidak Mencukupi
Tanpa protein yang cukup:
- Otot mudah berkurang
- Metabolisme menjadi perlahan
- Lemak lebih sukar dibakar
3️⃣ Air Manis & Kuih Jadi Rutin
Jika setiap hari ada air manis, kuih, snek selepas tarawih, proses pembakaran lemak akan terganggu.
4️⃣ Kurang Pergerakan
Berjalan ringan selepas berbuka atau sebelum sahur membantu kawal gula darah dan kurangkan lemak perut. Tak perlu senaman berat.
5️⃣ Tidur Tidak Konsisten
Kurang tidur meningkatkan hormon stres yang menyukarkan penurunan berat badan.
Refleksi Hari Ke-10
- Adakah anda berbuka dengan teratur?
- Adakah protein cukup setiap hari?
- Adakah air manis masih jadi kebiasaan?
- Adakah anda bergerak sekurang-kurangnya 15 min sehari?
Nak Reset Untuk 10 Hari Seterusnya?
Jika anda mahu minggu kedua lebih teratur dan hasil lebih ketara, Coach boleh bantu semak semula struktur sahur & berbuka anda.
WhatsApp Coach SekarangArtikel seterusnya (Hari ke-11): Cara Reset Pemakanan Untuk 10 Hari Kedua Ramadan.
