Instagram Turun Berat Dengan Herbalife

10 Februari, 2015

Maklumat Karbohidrat Bersama Coach AzWa

Hari ini kita sharing berkenaan karbohidrat...

Karbohidrat ialah salah satu nutrien utama yang diperlukan oleh tubuh anda dalam kuantiti yang mencukupi pada setiap hari. Terutamanya, otak dan sistem saraf yang memperoleh tenaganya daripada karbohidrat.
Sumber : Herbalife Hub September 2011Jld.3

KARBOHIDRAT ialah sumber tenaga pilihan utama, lemak berada di tempat kedua dan protein pula digunakan oleh sel badan untuk tujuan membina dan memulihkan sel badan. Fungsi badan kita banyak bergantung kepada karbohidrat. Sel otak kita bergantung sepenuhnya kepada karbohidrat sebagai sumber tenaga. Lemak tidak digunakan oleh otak dan sistem saraf dan diet tinggi lemak menjadi punca pelbagai penyakit.

Karbohidrat kompleks berbanding karbohidrat ringkas 

Contoh karbohidrat ringkas
- Monosakarida: Glukosa, fruktosa (gula buah) dan galaktosa 
- Disakarida: Sukrosa (gula biasa, madu), laktosa (gula susu) dan maltosa (biasanya digunakan untuk membuat pastri). 

Sementara itu, makanan karbohidrat kompleks terdiri daripada dua rantaian monosakarida dan ahli sains menggelarnya sebagai polisakarida seperti: 
- Kanji wujud dalam nasi, roti dan mi, tumbuhan berubi seperti kentang, kacang atau kacang dal. Kebanyakan masyarakat mempunyai makanan ruji berasaskan bijirin yang dijadikan sumber tenaga utama 
- Serat makanan yang wujud dalam makanan seperti serat dalam bijirin dan beras. 

Kesan karbohidrat berbeza dalam badan 
Sistem penghadaman tidak perlu bekerja keras untuk menghadamkan dan menyerap sepenuhnya karbohidrat ringkas kerana rantaiannya lebih pendek. Justeru, jika kita memerlukan tenaga segera, terutamanya apabila melakukan senaman yang menguji daya ketahanan, karbohidrat ringkas boleh memenuhi keperluan ini, terutamanya apabila gula darah semakin rendah. Namun jika kita mengambil terlalu banyak karbohidrat ringkas, gula darah akan meningkat secara mendadak dalam tempoh yang singkat; jika karbohidrat ringkas terus merangkumi sebahagian besar daripada diet harian, masalah gula darah tinggi akan berkekalan. Ini mencerminkan senario dunia hari ini, di mana penyakit kronik seperti diabetes yang semakin menular. Kementerian Kesihatan menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya sepuluh peratus daripada penduduk Malaysia menghidap penyakit ini.

* Manfaat karbohidrat kompleks 
Hampir semua sel badan menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga utama, dan badan kita tidak boleh mengenal molekul karbohidrat kompleks sebagai sumber tenaga. Namun, badan kita sebenarnya sistem yang pintar kerana mampu menukarkan karbohidrat kompleks kepada bentuk yang boleh diserap dan digunakan oleh sel. 

* Manfaat tambahan karbohidrat kompleks 
Banyak karbohidrat kompleks juga kaya dengan vitamin B yang diperlukan semasa membebaskan tenaga dalam sel badan. Tambahan lagi, sumber makanan karbohidrat semula jadi yang pada amnya tidak diproses, umumnya rendah lemak dan mengandungi banyak serat. 

* Kelebihan karbohidrat kompleks 
Kajian mendapati diet tinggi serat dan rendah lemak mengurangkan risiko penyakit kronik. Serat boleh didapati dalam tumbuh- tumbuhan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang. 
- Serat tidak larut: Serat ini tidak larut dalam air dan biasanya didapati pada bahagian luar buah, sayuran dan bijirin. Serat tidak larut akan membantu melawaskan pembuangan air besar dan baik bagi mereka yang mengalami masalah sembelit. 
- Serat larut: Serat ini boleh larut dengan mudah dalam air dan sering bergumpal seperti bahan lekit atau gel dalam makanan. Satu contoh yang baik ialah oat. Jika kita menyediakan semangkuk bijirin oat untuk sarapan pagi, ia sering menjadi lebih pekat selepas kita membiarkannya buat seketika. Ia memperlahankan kadar pengosongan makanan daripada perut, memanjangkan rasa kenyang dan melengahkan rasa lapar. Disebabkan kadar pembebasan makanan yang lebih perlahan ke dalam saluran usus, ia membantu mengawal gula darah naik terlalu pantas dan tinggi selepas makan. Badan kita memerlukan kedua-dua jenis serat untuk menjaga kesihatan saluran penghadaman dan kesejahteraan badan. 
Sumber : Utusan Malaysia, 31 Mei 2007

Indeks glisemik
Satu sistem baharu, yang dipanggil indeks glisemik, mengklasifikasikan karbohidrat mengikut berapa cepat dan berapa tinggi ia meningkatkan gula dalam darah.
Makanan dengan indeks glisemik yang tinggi seperti roti putih, menyebabkan peningkatan drastik gula dalam darah.
Makanan dengan indeks glisemik yang rendah seperti oat bijian penuh, dicerna lebih perlahan, menyebabkan perubahan yang lebih rendah dan perlahan pada gula dalam darah.
Diet makanan yang mempunyai nilai indeks glisemik tinggi telah dikaitkan dengan peningkatan risiko mendapat kencing manis, penyakit jantung, obesiti, degenerasi makula yang berkaitan dengan usia, ketidaksuburan dan kanser kolorektum.
Makanan dengan indeks glisemik yang rendah pula dapat membantu mengawal kencing manis dan menurunkan berat badan.
Walau bagaimanapun, kajian-kajian lain mendapati bahawa indeks glisemik mempunyai sedikit kesan ke atas kesihatan dan berat. Lebih banyak penyelidikan mengenai indeks glisemik perlu dilakukan.
Sumber : Karbo2


Bagaimana untuk anda mengetahui pemilihan diet yang sihat ?
Boleh baca di sini.

Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza. "
Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, Mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit. "

Hubungi kami Coach Pengurusan Berat Badan / Ahli Bebas Herbalife Untuk :
~ Analisa Berat Badan
~ Panduan Pemakanan Seharian
~ Pemantauan Berkala 

Azmi 012-656 4747
Wawa 019-303 7090
tips kurus, cara nak kurus, malaysia kurus, malaysia fit, resepi kurus, coach kurus, jadual kurus herbalife, herbalife malaysia, malaysia herbalife, herbalife malaysia, karbohidrat, glicemik indeks, jom kurus 1 malaysia, jom kurus