Instagram Turun Berat Dengan Herbalife

30 November, 2014

Pentingnya Membersih Wajah - ahli bebas herbalife 0193037090 / 0126564747

Membersih wajah merupakan langkah pertama dalam regimen penjagaan kulit harian anda dan ia seharusnya dilakukan setiap pagi dan setiap malam sebelum waktu tidur. Ia sesuatu yang mudah.


Selain benda-benda biasa yang terkumpul pada kulit muka setiap hari seperti kotoran, minyak dan mekap, kekotoran yang tidak nampak juga mesti dibersihkan dari kulit untuk mengelakkan kerosakan pada masa hadapan. Kekotoran yang kita tidak nampak termasuk asap rokok, asap ekzos kereta, penyahbau bilik dan semburan aerosol, jerebu dan pencemaran.



Pembersih wajah amat penting untuk kesihatan keseluruhan dan pemfungsian yang betul. Pembersih yang baik boleh menyasar kekeringan dengan menyediakan kelembapan ringan dan boleh menanggalkan minyak berlebihan, sambil membantu mengawal pengeluaran sebum. Pembersih wajah yang bagus tidak akan menjejaskan perintang pelembap semula jadi anda, menjadikan ia pilihan yang lebih baik berbanding sabun buku biasa!



Pembersih mudah digunakan! Bersihkan muka anda setiap pagi dan setiap malam sebelum tidur dengan mengikuti lima langkah mudah seperti berikut:

Langkah 1: Basahkan tangan anda dengan air suam.
Langkah 2: Picit lebih kurang saiz duit syiling dua puluh sen ke dalam tapak tangan anda (sebelum mencuba ini, anda mungkin mahu menggunakan lebih daripada itu).
Langkah 3: Gosok tangan anda untuk menyebarkan bahan-bahannya di dalam tapak tangan anda.
Langkah 4: Urut pembersih dengan lembut ke dalam kulit anda menggunakan gerakan membulat.
Langkah 5: Bilas sepenuhnya dengan air suam dan keringkan wajah dan tangan anda.


Semudah itu sahaja! Letakkan pembersih di tepi sinki bilik air anda dan satu lagi di dalam tempat mandi untuk kemudahan anda. Jangan lupa untuk meneliti keadaan kulit anda dari semasa ke semasa untuk memastikan anda menggunakan pembersih yang sesuai untuk kulit anda.



Untuk pembersihan wajah yang sempurna, lelaki, wanita, remaja boleh menggunakan Herbalife SKIN Soothing Aloe Cleanser untuk kulit Normal dan Kering dan Polishing Citrus Cleanser untuk kulit Normal dan Berminyak.


Sumber : 
http://www.herbalifeskin.com.my/ms/2013/10/cleansing-care/#more-231

"Keputusan adalah tidak tipikal. Hasil individu mungkin berbeza-beza"