Instagram Turun Berat Dengan Herbalife

16 Disember, 2014

Bagaimana memperlahankan proses penuaan (019-3037090 / 012-6564747)

Bagaimana untuk kelihatan dan berasa lebih muda?


Maklumat Nutrisi
Herbalife-Hub
Ditulis oleh Samantha Clayton
AFAA, ISSA. Samantha ialah Pengarah
Pendidikan Kecergasan di Herbalife.

3 tip untuk membantu anda memperlahankan proses penuaan -

Kebimbangan penuaan 1 : 
kehilangan ketumpatan tulang.

Semakin kita menua, tulang kita secara semula jadi hilang jisim - ini terutamanya terjadi kepada wanita selepas menopaus. Apabila tulang hilang kalsium dan lain-lain mineral ia boleh menjadi lebih
rapuh dan lebih mudah retak. Kehilangan ketumpatan tulang boleh menyebabkan perubahan postural kerana tulang belakang tidak berupaya menyokong badan.

Penyelesaian penuaan aktif :
Bersenam merupakan cara yang hebat untuk mengekalkan ketumpatan tulang yang sihat, terutamanya senaman impak tinggi seperti berjalan, berlari atau melompat. Jika anda memastikan sendi anda sentiasa bergerak, anda akan kurang
mengalami kesan kehilangan pergerakan dan sengal sendi yang selalunya terjadi kerana tidak aktif.

Kebimbangan penuaan 2 :
Kehilangan jisim otot.

Komuniti perubatan merujuk kepada kehilangan jisim otot yang datang bersama-sama dengan penuaan sebagai 'sarkopenia' dan ia dipercayai terjadi kerana beberapa faktor termasuk hormon, isu-isu saraf dan diet. Lewat beberapa tahun, kadar tenaga akan mula menurun dan tona otot mula beransur hilang.

Penyelesaian penuaan aktif :
Anda boleh membantu memperlahankan kehilangan otot dengan menyertakan pelbagai senaman beratan dan rintangan dalam rutin senaman anda. Mengangkat berat atau membuat senaman menahan beratan akan membantu anda membina otot tanpa lemak dan mengekalkan tenaga anda semakin anda menua.

Kebimbangan penuaan 3 :
Perubahan hormon.

Perubahan hormon adalah hakikat kehidupan bagi kedua-dua kaum lelaki dan perempuan; perubahan ini mungkin disertai penambahan berat badan, terutamanya di bahagian tengah.

Penyelesaian penuaan aktif :
Perubahan hormon boleh mendatangkan stres jadi ia penting untuk mencari keseimbangan dalam kehidupan dan menjalankan aktiviti yang melegakan stres. Yoga, meditasi atau dengan hanya membuat aktiviti baharu boleh membantuanda menghadapi kesan perubahan hormon.

Semakin kita menua, kita akan lebih memahami kebolehan kita - dan juga kekurangan kita. Ini akan membantu kita membuat keputusan yang lebih baik. Kami memahami bahawa nutrisi dan senaman memainkan peranan yang penting kepada bagaimana kita rasa dan menjaga diri kita setiap hari sekarang akan membantu kita berasa lebih muda dalam tahun-tahun yang mendatang.

Tentu sekali, semua nasihat anti-penuaan saya kembali kepada senaman. Anda tahu yang saya ini penggemar kecergasan dan saya yakin kita perlu bersenam tak kira pada usia apa pun, tetapi saya menjamin bahawa ini bukanlah pendapat saya seorang sahaja. Terdapat banyak kajian perubatan tentang penuaan dan bagaimana untuk menua tanpa mengambil watak 'atuk dan nenek'. Senaman disenaraikan dalam semua kajian yang pernah saya baca. Saya percaya bahawa senaman yang konsisten, mencabar dan menyeronokkan sepanjang hidup anda merupakan cara terbaik untuk melawan tanda-tanda penuaan. Sekiranya anda mengalami perubahan yang mendadak pada badan atau tahap senaman, pastikan anda membuat pemeriksaan dengan doktor anda. Tetapi apa lagi yang ditunggukan? Perjalanan ke arah meremajakan diri anda bermula dengan anda menyarung kasut sukan anda dan mula mengaktifkan diri anda hari ini.

Sumber :
http://image.exct.net/lib/fe631570766607757c16/m/2/Herbalife+Hub+Sept+2013+-+B.pdf

Hubungi kami untuk pelan pemakanan seharian anda :
Ahli bebas herbalife -
Azmi 012-6564747
Wawa 019-3037090