Instagram Turun Berat Dengan Herbalife

Memaparkan catatan dengan label calcium. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label calcium. Papar semua catatan

21 Januari, 2015

Pemilihan Diet Yang Sihat - Coach Pengurusan Berat Badan

Apakah Glycemix Index (GI) / Indeks Glisemia?


GI ialah ukuran bagi makanan yang mengandungi karbohidrat dan kesannya terhadap gula dalam darah kita.
Setiap kali kita makan dan mencernakan makanan yang kaya karbohidrat – makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijian dan manisan – hasil akhirnya ialah meningkatnya gula darah anda (glukosa darah anda). 

Gula dalam darah anda penting – ia menjadi bahan api utama bagi otak dan otot-otot dan sebahagian besarnya adalah apa yang yang menggerakkan anda secara mental dan fizikal sepanjang hari anda. Tetapi tidak semua makanan yang mengandungi karbohidrat menyebabkan gula darah anda meningkat kepada tahap yang sama – dan di sinilah GI memainkan peranannya.

GI memberi ranking kepada makanan berdasarkan kepada berapa banyak, dan berapa pantasnya ia meningkatkan gula darah selepas ia dimakan. Semakin rendah nilai GI, maka semakin lambat makanan dicerna atau diserap.

Terdapat tiga jenis pengelasan GI iaitu :
~ GI Tinggi (indeks melebihi 70)
~ GI Sederhana (indeks antara 56 - 69)
~ GI Rendah (indeks di bawah 55)

sumber - glycemic index

GI Tinggi

Contoh makanan GI tinggi ialah makanan berkanji dan bergula seperti roti putih, bijiran sarapan manis, mi, jus buah-buahan dan nasi putih.
Makanan ini dicerna dan diserap dengan cepat, jadi menyebabkan peningkatan besar dan pantas gula dalam darah.
Kalau suka makan snek yang manis sepanjang hari, may be kita akan ambil kalori berlebihan dan kalori berlebihan ini disimpan di bahagian perut dan peha. Sebab itu kita selalu nampak perut maju ke depan untuk perempuan dan lelaki.

GI Sederhana

Sayur- sayuran, buah-buhan kacang, dan kebanyakan makanan yang 100% bijirin penuh seperti beras perang, emping oat, barli, kuinoa dan roti 100% bijirin tulen, mempunyai ranking Indeks Glisemia yang secara relatifnya rendah. 
Disebabkan kandungannya tinggi serabut – yang bermakna ia mengambil masa yang lebih lama untuk dicernakan – gula darah anda meningkat dengan lebih perlahan selepas anda mengambil makanan tersebut.

Makanan yang sihat ini menghasilkan pelepasan yang lebih rendah ke dalam aliran darah anda, memberikan anda tenaga yang bertahan dengan lebih lama. Dan, berbekalkan kandungan serabut tinggi ini, ia juga lebih mengenyangkan – jadi diet yang menekankan makanan GI rendah boleh menjadi strategi yang baik untuk pengawalan berat badan.

Sesetengah makanan (seperti ais krim) mempunyai GI rendah kerana kandungan lemak tingginya memperlahankan pencernaan – yang bermakna ia tidak menyebabkan kadar gula darah melonjak dengan banyaknya selepas ia dimakan.

Berdasarkan GI sahaja, kita mungkin membuat kesimpulan bahawa ais krim bagus untuk disertakan dalam diet “GI rendah”. Sebaliknya, sesetengah makanan yang sihat mempunyai nilai GI tinggi yang mungkin mengelirukan jika tidak mengambil kira saiz hidangan. 

Contohnya buah tembikai.
Anda perlu makan 5 hidangan tembikai untuk mendapatkan 50 gram karbohidrat yang diperlukan untuk menetapkan GI. Tetapi hidangan biasa tidak mengandungi jumlah yang sebanyak itu – dan ia tidak menyumbang kepada bebanan karbohidrat keseluruhan diet anda. Jika anda memfokus kepada nilai GI sahaja, anda akhirnya tanpa sengaja mungkin tidak menyertakan buahan-buahan yang sihat dalam diet anda.

Pesanan :
Jangan mengambil nasi putih dan kentang. Sebaliknya, tukarlah kepada beras perang atau bijirin penuh lain seperti gandum, barli atau kuinoa – atau menggantikannya dengan
kacang atau keledek. 

Jangan meminum kalori yang banyak daripada jus buah-buahan yang mempunyai GI tinggi, sebaliknya makanlah buah-buahan segar – taburkan beri atas bijirin sarapan, atau makanlah sepotong buah sebagai snek atau pencuci mulut. 

Gantikan roti putih kilang, keropok dan makanan snek dengan produk yang dibuat 100% daripada bijirin penuh – atau cubalah makan kacang berbanding kerepek sebagai snek.

Sumber : Herbalife Hub Disember 2014

Formula 1 Nutrisi Herbalife telah mendapat pengiktirafan mengandungi GI rendah dalam lingkungan 15-20 sahaja.

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, Mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit" 

Hubungi kami untuk mereka yang serius mendapatkan maklumat program pengurusan berat badan -

Kami Ahli Bebas Herbalife / Coach Pengurusan Berat Badan :
Azmi (012-656 4747)
Wawa (019-303 7090)
nak kurus, cara nak kurus, macam mana nak kurus, herbalife kurus, kenapa herbalife, cara makan herbalife, cara kuruskan badan, cara makan herbalife dengan betul, coach herbalife taman melati, coach herbalife taman melawati, coach herbalife gombak, jom diet, cara diet, pecah lemak, kulit cantik, set kurus herbalife, fit malaysia, jom kurus, saya nak cantik, agen herbalife, stokis herbalife, blogger herbalife, work from home, part time herbalife, lose weight
Diskaun Herbalife??