Instagram Turun Berat Dengan Herbalife

06 Januari, 2015

Makanan dan Kecergasan (Coach / Ahli Bebas Herbalife 019-3037090 & 012-6564747)

Bagaimana Untuk Mencergaskan Diri Dengan Makanan

Mahu berasa lebih cergas?Untuk memantapkan tenaga dan fokus mental anda, anda perlu mengambil makanan yang betul, pada waktu yang tepat.

Apabila anda berasa tenaga mental anda semakin menyusut dan pertuturan anda berasa kurang lancar, cuba fikirkan semula. Bilakah kali terakhir anda makan?

Apakah makanan terakhir yang anda makan? Adakah anda minum dengan cukup? Melangkau hidangan,
hidangan yang tak seimbang, dan penyahhidratan, kesemuanya boleh menyusutkan tenaga dan fokus
mental anda. (Dan jangan lupa bahawa mendapatkan tidur yang mencukupi adalah sebahagian daripada
keseimbangan yang perlu diambil kira juga).

Bagaimana apa yang anda makan memberi kesan kepada tenaga mental anda?
Apakah sebenarnya tenaga mental? Ia sebenarnya mempunyai beberapa ciri - termasuk mood keseluruhan
anda, motivasi anda, di samping juga perhatian dan fokus anda. Apabila tenaga mental anda menjadi ligat,
diet anda berkemungkinan besar menyumbang kepada keadaan ini. Berikut adalah bahan-bahan renungan
untuk 'mencergaskan pemikiran' anda. Apakah yang perlu dimakan untuk memantapkan tenaga mental anda
sepanjang hari? Karbohidrat mentenagakan otak anda Glukosa, yang diperoleh daripada karbohidrat dalam
diet anda, merupakan satu-satunya 'bahan bakar' yang secara lumrahnya menjadi makanan kepada sel otak anda. Selepas ia dicernakan semasa proses perncernaan, karbohidrat menyerap ke dalam aliran darah sebagai glukosa ('gula darah' anda).

Memandangkan otak anda aktif 24/7, ia mempunyai tuntutan tenaga yang tinggi - lebih tinggi daripada sel-sel
lain di dalam badan anda. Dan, kerana sel otak tidak boleh menyimpan glukosa, otak anda memerlukan
bekalan yang berterusan. Makanan berserat tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijian sempurna, mengambil masa yang lebih lama untuk dicernakan, menyebabkan glukosa dilepaskan secara beransur-ansur ke dalam sistem anda, dan juga ke otak anda.

Sebaliknya, hidangan karbohidrat halus - seperti makanan berkanji, bergula - sebenarnya boleh memakan diri anda. Disebabkan makanan seperti ini dicernakan dengan pantas, anda akan mengalami kenaikan gula darah, yang selalunya diikuti dengan kejatuhan yang mendadak. Ini selalunya dikenali sebagai kejatuhan mendadak tahap glukosa, dan menyebabkan anda secara mental, berasa lembap.

Otak anda memerlukan bahan bakar pada jangka masa yang tetap. Memandangkan otak anda memerlukan sumber tetap glukosa, maka ia menjadi penting bagi anda untuk makan pada jangka masa yang tetap sepanjang hari untuk mengelakkan tenaga mental anda menjunam. Sasarkan untuk mengambil hidangan kecil dan snek yang sihat setiap 3-4 jam.

Otak anda memerlukan sarapan. 
Banyak yang telah diperkatakan mengenai kepentingan sarapan, dan memberi otak anda rangsangan merupakan lagi satu sebab kenapa perkara pertama yang perlu dilakukan pada waktu pagi ialah mentenagakan diri anda. Walaupun dalam keadaan tidur, otak anda terus bekerja sepanjang malam, membakar bahan bakar, menyebabkan tangki 'glukosa' hampir kosong menjelang pagi. Bantulah otak anda dan mulakan hari anda berbekalkan sarapan seimbang dengan karbohidrat dan protein yang sihat. Protein yang terbaik untuk otak anda Walaupun otak anda tidak menggunakan protein secara langsung sebagai bahan bakar, ia menggunakan asid amino yang diperoleh daripada protein yang anda makan untuk menghasilkan kimia otak yang penting. Dopamin, kimia otak yang menggalakkan kecergasan dan aktiviti otak diperoleh daripada tyrosina, asid amino yang ditemui dalam ayam, ikan, produk tenusu, kacang dan bijian. Sementara serotonin, yang menggalakkan perasaan tenang dan kepuasan, diperoleh daripada triptofan yang ditemui dalam makanan laut, produk-produk tenusu dan kacang soya.

Minuman terbaik untuk otak
Apabila badan anda ternyahhidrat, ia boleh memberi kesan kepada mood dan tahap tenaga anda. Penyahhidratan ringan mengurangkan kecergasan dan kebolehan anda untuk menumpukan perhatian, dan apabila anda akhirnya berasa haus, tenaga mental anda sebenarnya telah pun menyusut. Air ialah pilihan yang bagus, tetapi kopi dan teh yang diambil secara bersederhana juga baik untuk anda. Minuman yang mengandungi kafeina boleh membantu dalam memfokus dan menumpukan perhatian - tetapi dinasihatkan diambil dalam jumlah yang sedikit. Anda perlu menghidrasikan diri dengan teratur, makan secara seimbang, dan memantau respons anda sendiri kepada kafeina yang anda ambil. Jika ia membuatkan anda berasa gementar dan menyebabkan anda berjaga pada waktu malam, anda perlu mengurangkan pengambilannya. Menggunakan kafeina untuk merangsang otak anda pada siang hari tidak berguna jika ia mengganggu tidur yang nyenyak pada waktu malam.

Ditulis oleh Susan Bowerman
MS, RD, CSSD. Susan ialah konsultan
berbayar untuk Herbalife.

Sumber : Herbalife Hub November 2014

Hubungi Kami Coach Pengurusan Berat Badan /
Ahli Bebas Herbalife :
Azmi 012-656 4747
Wawa 019-303 7090

nak kurus, cara nak kurus, macam mana nak kurus, herbalife kurus, kenapa herbalife, cara makan herbalife, cara kuruskan badan, cara makan herbalife dengan betul, coach herbalife taman melati, coach herbalife taman melawati, coach herbalife gombak, jom diet, cara diet