Instagram Turun Berat Dengan Herbalife

06 February, 2015

Fakta Air ~ Coach AzWa

"Tubuh manusia mengandungi hampir 70% air - jadi tidaklah menghairankan yang kita perlu terhidrat agar sentiasa kekal sihat."

- Susan Bowerman (Konsultan Herbalife)

  • 60% - 70% daripada tubuh adalah air, anggaran 30 liter adalah air bagi seseorang yang berat badannya 50 kilo. Air tubuh memainkan pelbagai fungsi, membawa nutrien ke seluruh organ, menghapuskan hasil buangan tubuh, dan melaraskan suhu tubuh.
  • Tubuh akan terus kehilangan air melalui pernafasan dan perpeluhan sepanjang hari. Jumlah air yang diperlukan untuk tubuh manusia ialah 2 hingga 2.5 liter air sehari. Air yang digunakan di dalam tubuh bukan saja daripada apa yang anda minum tetapi juga dihitung daripada makanan anda. Air juga dihasilkan di dalam tubuh melalui metabolismanya. Jumlahnya bergantung kepada usia anda, jantina dan keaktifan anda. Secara umumnya, 40-50 ml per 1 kg berat tubuh adalah perlu untuk mengekalkan fungsi tubuh yang sihat. 



Pengambilan air (ml)
Minum : 800 ~ 1300
Air daripada makanan : 1000
Air metabolik : 200
Jumlah : 2000 ~ 2500

Kehilangan air (ml)
Kencing : 1000~ 1500
Hasil buangan : 100
Pernafasan & perpeluhan : 900
Jumlah : 2000 ~ 2500

* Rujukan "PET Bottle Syndrome" Mebae-sha Penyelidikan Kultur Makanan

Sumber : Herbalife Hub Oktober 2011 Jil.4