Instagram Turun Berat Dengan Herbalife

10 January, 2015

Terlebih Lemak dan Kurang Pemakanan - Coach Pengurusan Berat Badan

Apabila kita mendengar tentang individu yang kurang pemakanan, kita membayangkan orang yang nampak kelaparan – kurus kering. Tentulah orang yang kurang nutrien dan kalori tak seimbang pemakanannya, namun ketakseimbangan ini boleh terjadi walaupun dengan pengambilan banyak kalori – hanya makanan yang banyak tapi tanpa nilai nutrisi. Jadi perkataan baharu yang tercipta di sini iaitu “malnubesity” (obes namun pemakanan tidak seimbang). Penggabungan pemakanan tidak seimbang dan obes bagaikan sesuatu yang berkonflik, tetapi hakikatnya, ia memang terjadi – kebanyakan daripada kita terlebih lemak dan kurang pemakanan.

Bagaimana pula kita boleh sampai ke tahap ini! Kita perlu merujuk kepada sejarah evolusi kita untuk mendapatkan penjelasannya. Nenek moyang prasejarah kita perlu mengambil banyak makanan untuk memenuhi keperluan kalori mereka. Yang jelasnya, mereka sangat aktif - membakar beribu-ribu kalori apabila keluar mencari makanan. Dan diet mereka yang kaya dengan tumbuhan tidak banyak mengandungi kalori padat.

Namun dalam dunia moden ini, bekalan makanan kita padat dengan makanan yang diproses, mengandungi kalori tinggi, enak namun kurang nutrien yang penting. Dan memandangkan kita mempunyai laluan neural yang menggalakkan kita makan - dan mengganjarkan kita kerana berbuat demikian - kita dengan gembiranya mengikut sahaja.

Hasilnya, ramai daripada kita terlebih makan dan kurang pemakanan. Dengan diet yang membekalkan lebih kalori dan kurang vitamin, mineral dan bahan antioksidan, kesihatan kita akan terjejas. Gemuk sedikit itu satu perkara, namun keadaan ini mengalakkkan lemak berada di tempat yang tak sepatutnya ia berada - menyelaputi organ penting, seperti hati atau pankreas, memasuki sel secara paksa dan mempengaruhi secara signifikan bagaimana organ ini berfungsi.

Kita direka bentuk untuk bergerak secara sangat aktif, namun keperluan kalori kita tidak akan sampai kepada tahap apa yang diperlukan oleh nenek moyang kita. Ramai daripada kita bekerja di tempat di mana kita tidak perlu bergerak langsung. Kita juga dibina untuk makan makanan berkualiti tinggi yang tersedia secara semula jadi, namun kita hidup dalam persekitaran yang 'obes' –dikelilingi makanan yang mudah didapati, diproses dan berkalori tinggi.

Ketakserasian antara genetik dan gaya hidup kita membawa kepada paradoks pemakanan tidak seimbang yang datang seiring dengan obesiti. Kita makan dengan cara yang berlawanan daripada yang sepatutnya. Kita seharusnya banyak makan makanan yang disumberkan dari tumbuh-tumbuhan dan protein tanpa lemak yang akan memaksimumkan kualiti nutrisi pada kos kalori yang secara relatifnya rendah.

Dan kita juga harus bangun dari duduk santai di atas sofa. Kebanyakan daripada kita tidak akan boleh membakar 6000 kalori sehari – tetapi kita makan seperti kita boleh membakar kalori sebanyak itu.

Ditulis oleh Susan Bowerman - MS, RD, CSSD. Susan ialah konsultan berbayar Herbalife.

Sumber : Herbalife Hub Julai 2013

Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza. "

Hubungi Kami Coach Pengurusan Berat Badan / Ahli Bebas Herbalife Untuk Sesi Coaching / Pelan Pemakanan / Analisa Badan :

Azmi 012-656 4747
Wawa 019-303 7090
nak kurus, cara nak kurus, macam mana nak kurus, herbalife kurus, kenapa herbalife, cara makan herbalife, cara kuruskan badan, cara makan herbalife dengan betul, coach herbalife taman melati, coach herbalife taman melawati, coach herbalife gombak, jom diet, cara diet, pecah lemak, kulit cantik, set kurus herbalife, fit malaysia, jom kurus, saya nak cantik, agen herbalife, stokis herbalife, blogger herbalife, work from home, part time herbalife, lose weight, Qu Puteh, Bijak, Dherb, Dr, Herbalife, Jimat, Kurus, Naik Berat, Nasihat Doktor, Pengguna, Ramping, Selamat, ShapeWorks, Slim, Turun Berat,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...