Instagram Turun Berat Dengan Herbalife

26 Januari, 2015

Makan Dengan Betul Pada Waktu Malam - Coach Azmi / Wawa

Sedikit sharing hari ini yang mana kita banyak mendengar bahawa makan lewat malam memudaratkan dan merosakkan diet seharian. Ini adalah mitos semata-mata.

Makan malam bukan menjadi sebab yang membawa kepada pertambahan berat badan, tetapi apa yang penting ialah pengambilan kalori harian secara keseluruhan.

Itulah pentingnya anda mengetahui Magic Number anda. Tak kira bila anda makan, jika anda mengambil lebih makanan daripada yang anda perlukan, badan anda menyimpan kalori tambahan sebagai lemak.

Makan makanan seimbang bermakna anda mengambil pelbagai makanan yang sihat sepanjang hari. Kebanyakan orang makan lebih banyak kalori semasa makan malam berbanding waktu siang, dan jika ianya melebihi magic number sepatutnya, kalori akan bertambah.

Sebahagian orang tidak makan mencukupi pada waktu siang, menyebabkan tahap gula dalam darah menurun dan membuat orang terlalu lapar dan makan berlebihan pada waktu malam.

Makanan untuk sarapan pagi dan makan tengah hari perlu mengambil protein untuk menjauhkan rasa lapar serta makan karbohidrat sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh untuk mengekalkan kandungan gula dalam darah. Shake protein dengan buah-buahan ialah cara yang bagus untuk memulakan hari iaitu sarapan pagi.

Shake protein boleh menjadi makan tengah hari yang cepat dan memuaskan, terutamanya apabila anda terlalu sibuk untuk berehat dan menyediakan makanan. Lain-lain pilihan yang baik? Cuba makan salad dengan ayam panggang atau ikan, atau sandwic ayam roti gandum dengan buah-buahan untuk pencuci mulut.

Apabila tenaga mula menjadi susut pada sebelah petang, salah satu taktik yang berkesan ialah makan snek yang besar - yang boleh dikatakan "makan tengah hari kedua" - di antara waktu makan tengahari dan makan malam. Shake protein atau bar protein, setengah sandwic, sedikit kacang soya, atau hidangan keju lembut dan buah-buahan semuanya pilihan yang sesuai.

Dengan meletakkan penekanan nutrisi yang lebih banyak kepada hidangan dan snek siang hari, kemungkinannya anda tidak akan terlalu lapar pada waktu malam, jadi hidangan makan malam anda boleh menjadi lebih ringan dan lebih kecil.

Pentingnya bagi kita mengetahui apakah pelan pemakanan kita supaya kita boleh mengatur makanan seharian. Kami sebagai Coach Pengurusan Berat Badan boleh membantu memberikan anda Analisa Komposisi Badan / Pengiraan Kalori (Magic Number) & Pelan Pemakanan Seharian Individu ..

"Keputusan adalah tidak tipikal, hasil individu mungkin berbeza-beza"
"Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mencegah atau mengubat mana-mana penyakit"

Hubungi kami Ahli Bebas Herbalife :

Azmi (012-656 4747)
Wawa (019-303 7090)